Sunday, August 29, 2010

PROGRAM SINAR SYAWAL 2010 MERIAH

              Pada 26 Ogos 2010 ( Khamis ) pihak sekolah SMK Kampar dengan usahasama PIBG serta kerjasama beberapa pihak agensi kerajaan telah menjayakan program Sinar Syawal bersama sekolah angkat PDRM. Program ini telah diadakan di Masjid Kg Sahom, Sahom yang bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 10.30 malam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Samsudin b Abu Hassan iaitu ADUN Air Kuning. Beberapa atur cara telah dilaksanakan. Antaranya ialah sesi ceramah Jenayah Remaja ( PDRM), Ceramah Insan Soleh & Keibubapaan ( INTIM Perak ), pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong membersihkan kawasan, gotong-royong memasak, majlis tahlil dan doa selamat, dan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga yang diraikan.

 Sesi mesyuarat penyelarasan di peringkat JK Induk & JK Kerja

           Program ini bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga miskin dalam kalangan pelajar di sekolah ini. Sebanyak 30 buah keluarga telah dapat dibantu bagi meringankan beban keluarga disamping menceriakan suasana menyambut 1 Syawal kelak. Antara pihak yang turut terlibat dalam menjayakan program murni ini ialah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kampar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM,Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Negeri Perak (MAPIN), JKK Kg Sahom, Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kesihatan Kinta, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampar. 


Persediaan awal oleh warga guru  SMK Kampar

               Pihak sekolah dan PIBG menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada agenda utama supaya golongan ini dapat belajar dengan selesa seperti mana pelajar lain. Pada masa yang sama PIBG perlu berikhtiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan. Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Kejayaan ini sekali gus dapat membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan menjamin masa depan pelajar terbabit. Walau bagaimanapun, kejayaannya tetap bergantung kepada setiap keluarga masing-masing sama ada mempunyai keinginan dan bersikap positif untuk berusaha untuk dan memperbaiki taraf hidup mereka.



Ketibaan YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )
serta para tetamu jemputan



Ucapan Tuan Pengetua SMK Kampar ( Tn Hj Mohd Ismail b Ibrahim )


Ucapan Ketua Polis Daerah Kampar ( SUPT Abdul Aziz b Hj Salleh )

 
         Ucapan perasmian oleh YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )




Sesi ceramah oleh PDRM & pegawai INTIM Perak


 
Ruang pameran & pemeriksaan kesihatan


 Gotong-royong memasak oleh guru-guru serta tenaga wanita JKK Kg Sahom.





 
 Sebahagian daripada keluarga para pelajar yang diraikan.




Sesi penyampaian cenderahati kepada JKK Kg Sahom,
Ketua Polis Dearah Kampar, dan
YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan (ADUN Air Kuning )



YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan bersama para tetamu jemputan dan
AJK Induk program Sinar Syawal SMK Kampar 2010.





1 comments:

Unit Data & Maklumat said...

Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada yang telah menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga. Semoga Allah membalas jasa-jasa dan amal jariah tuan-tuan dan puan.

Post a Comment