Tuesday, August 17, 2010

PERADUAN KUIZ MINDA MERDEKA 2010

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 2010, sekali lagi Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Panitia Sivik & Kewarganegaraan akan menganjurkan Peraduan Kuiz Minda Merdeka 1Malaysia 2010 selama 2 minggu bermula 16 Ogos sehingga 31 Ogos 2010.

Sepanjang dua minggu ini, para pelajar berpeluang menerima hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak urusetia. Seiring dengan tema iaitu 1Malaysia, Menjana Tranformasi, maka bentuk hadiah peraduan ini juga berkonsepkan 1Malaysia dimana setiap pelajar dari setiap kaum akan berpeluang memenangi hadiah. Hadiah penyertaan kelas terbanyak juga diberikan disamping hadiah individu yang berjaya menjawab kesemua 40 soalan dengan tepat. Kuiz ini juga boleh dijawab secara spontan di ' kaunter khas " yang disediakan di Pondok Peterana. Pelajar yang menjawab betul soalan akan diberikan hadiah secara terus.

Manakala bagi menjawab soalan kuiz 40 soalan pula, pelajar perlu menjawab kesemua soalan yang berkisar tentang sejarah, negarawan, dan pengetahuan tentang Malaysia. Jawapan yang tepat perlu dimasukkan ke dalam Peti 1Malaysia yang diletakkan di pentas tapak perhimpunan setiap hari.

Dalam masa yang sama juga, setiap borang penyertaan akan memerlukan para pelajar menulis slogan ' Saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA kerana..... (tidak melebihi 20 patah kata). Slogan yang terbaik & kreatif akan memenangi hamper & sijil penyertaaan. kepada semua para pelajar SMK Kampar, ambillah peluang ini disamping mengenali sejarah negara kita.  

0 comments:

Post a Comment