Thursday, July 29, 2010

karnival futsal 1malaysia

Program ini telah dilangsungkan selama 1 hari pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Ia bermula seawal jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang di gelanggang serbaguna futsal sekolah. Oleh kerana terdapat lebih penyertaan pasukan, maka pihak urusetia terpaksalah membina dan menggunakan sebuah lagi padang bagi melicinkan perjalanan karnival tersebut. Sasaran pelajar dalam karnival ini ialah kepada semua warga pelajar SMK Kampar tanpa mengira kaum dan bangsa. Konsep 1Malaysia diterapkan dan diaplikasikan melalui setiap penyertaan pasukan dimana setiap pasukan hendaklah terdiri sekurang-kurangnya dua bangsa berbeza. Ini memandangkan jumlah pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Sikh ,dan Asli. Secara keseluruhannya, penyertaan 1Malaysia ini tercapai sepenuhnya. Hadiah anugerah iaitu Anugerah Pasukan 1Malaysia, iaitu anugerah khas bagi pasukan yang mempunyai integrasi kaum yang ramai. Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan RM7 sahaja. Ini sinonim, dengan konsep 1Malaysia iaitu RM1 bagi setiap peserta. 1RM 1Pasukan.


KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL

KATEGORI MENENGAH RENDAH

JOHAN            :   BANANA ISLAND
NAIB JOHAN  :  BLACK STAR

KATEGORI MENENGAH ATAS

JOHAN            :   PUNKIES CREW
NAIB JOHAN  :  GENERATION BOYS

Secara keseluruhanya, perjalanan program ini telah berjalan dengan amat lancar dan cemerlang manakala penyertaan peserta juga amat menggalakkan dan memberansangkan. Penghargaan dan terima kasih kepada semua Urusetia Karnival, pihak pentadbiran sekolah, serta pengusaha kantin sekolah telah telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan program ini dengan jayanya. Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola turut mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan pentadbiran sekolah kerana membenarkan penggunaan gelanggang futsal bagi tujuan pengelolaan pertandingan ini. Penghargaan juga kepada semua guru, pelajar serta semua pihak yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan fikiran bagi menjayakan karnival ini. Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua pihak, adalah diharapkan karnival ini telah dapat dijalankan dengan lancar, sempurna dan jayanya.

Saturday, July 3, 2010

Selamat Bersara...

Selamat bersara kepada Cikgu Mahemud b Arip.
Semoga tenang dan damai bersama keluarga tersayang.
Segala jasa dan pengorbananmu amat disanjung tinggi.!