Wednesday, March 31, 2010

PINANG KE TAMPUK, SIRIH KE GAGANG

SELAMAT BERTUKAR KEPADA STAFF (PT-N17)

 PUAN NOR IZAH BT NAZRI KE SRJK (T) ABD4110 - SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI, SUNGAI SIPUT (U) MULAI 1 APRIL 2010


SELAMAT DATANG KEPADA 2 ORANG GURU BARU

Encik Hanifah Kamarudin & Puan Haslini Md Nor

Selamat datang diucapkan kepada dua orang guru baru iaitu Encik  Hanifah bin Kamarudin dan Puan Haslini Md Nor ke SMK Kampar. Encik Hanifah ialah Lulusan Bio-Kimia(UPM-1999) dan ISM Sains (MPPPP-2000) bertukar dari SMK Tembakang, Serian, Sarawak manakala Puan Haslini dari SMK Seri Aman, Kota Tinggi, Johor yang berkelulusan ISM Pengajian Matematik & Kimia dari UPSI (2007).



SELAMAT BERPRAKTIKUM GURU PELATIH UPSI

Mohd Alif Che Azam, Mohd Haidar Jaafar, Nur Syafiqah Md Shah, Nurul Hanisah Mohd Salim, Che Siti  Nur Shyuhada Che Mat, dan Salmee Sibin
( 18 Januari hingga 15 Mei 2010 )


Kepada guru-guru praktikum dari UPSI,selamat menjalani praktikum di sekolah ini. Terimalah dengan hati terbuka apa yang ada di sekolah ini. Semoga kalian memperoleh sebanyak yang boleh pengalaman di sini untuk menjadi bakal guru yang hebat & bitara kelak.

 kalau hendak tahu luasnya padang, tanyalah belalang,
kalau hendak tahu dalamnya laut, tanyalah yu,
kalau hendak tahu luasnya hutan, tanyalah kijang,
kalau hendak tahu luasnya langit, tanyalah helang,
ibarat berdayung biarlah dalam perahu,
pandai-pandai menyesuaikan ilmu,
pandai-pandai menyesuaikan diri.



 

CIKGU NUR AZRYANIE BT CHE AZEMI
DIPLOMA LEPASAN IJAZAH  (UPSI)
PRAKTIKUM BERMULA PADA  1 MAC - 28 MEI 2010





Tuesday, March 30, 2010



Monday, March 29, 2010

LAWATAN KARNIVAL 'JOM MASUK U'

Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah ini  telah berpeluang mengikuti lawatan ke Karnival "Jom Masuk U' di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 Mac 2010 (Ahad) yang lalu.

Program ini merupakkan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi & kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah dibawah pimpinan Cikgu Muhd Arif Shafrail dan Muhd Alif telah berjaya memberi pendedahan kepada peserta tentang pendidikan dan latihan terkini di IPTA dan IPTS.


Saturday, March 27, 2010

Sesi Aku Janji pelajar PMR & SPM bersama ibu bapa

Program sesi 'Aku Janji" pelajar PMR & SPM bersama ibu bapa telah dilaksanakan bagi setiap pelajar yang terpilih. Ini adalah satu usaha untuk memupuk keazaman dan ketekalan semangat untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik diri pelajar. Ia dilakukan di hadapan ibu bapa masing-masing.

Friday, March 26, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 telah diadakan pada 27 Mac 2010 (Sabtu) jam 8.30 pagi di dewan SMK Kampar. Turut diadakan semasa mesyuarat ini ialah program Ikrar & Aku Janji Pelajar (PMR & SPM) bersama ibu bapa. Semuanya selesai mengikut sepertimana yang dirancang. Tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik. Semoga peranan PIBG akan membantu melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Kampar.

Thursday, March 25, 2010

Naib Johan MSSD Kinta Selatan 2010

Regu sepak takraw SMK Kampar dinobatkan sebagai Naib Johan setelah akur dengan kehebatan regu dari SMK Malim Nawar dalam kejohanan sepak takraw MSSD Kinta Selatan 2010 yang berlangsung selama 2 hari di dewan Bandaran Gopeng, Gopeng. Kejayaan ini  turut dikongsi bersama pemain-pemain dan jurulatih apabila tujuh pemain telah dipilih untuk mewakili Daerah Kinta Selatan. Tahniah kepada semua pemain serta jurulatih berkaliber iaitu Cikgu Edy Yusman b Manap atas usaha dan kesungguhan menjalani latihan sepanjang bulan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Kampar selaku pengerusi penganjuran edisi 2010 ini.

Tuesday, March 23, 2010

LDP Zoom-A

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Zoom-A & Headqount akan disampaikan oleh Encik Muhamad Zamhari b Ismail pada 24 Mac 2010 (Rabu) bertempat Makmal Komputer. LDP ini bermula jam 1.30 petang hingga 4.30 petang merupakan suatu bentuk perisian online (atas talian) bagi tujuan mengisi markah ujian dan peperiksaan. Semua guru diwajibkan hadir bersama-sama laptop & markah ujian bulanan 1/2010 untuk sesi amali (key in markah ujian bulanan 1 ) secara online. Adalah diharapkan LDP ini akan memudah kan segala urusan pemarkahan ujian dan peperiksaan disamping memantapkan lagi budaya celik ICT dalam kalangan guru.

Monday, March 22, 2010

TAKLIMAT HEAD-QOUNT


Pada 23 Mac 2010 di Makmal Biologi SMK Kampar jam 2.15 petang.Taklimat disampaikan oleh Encik Muhamad  Zamhari b Ismail selaku guru Head Qount sekolah.
Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kinta Selatan 2010 akan diadakan selama 2 hari bermula pada 23 hinga 24 Mac ini bertempat di dewan Bandaran Gopeng, Gopeng. Kejohanan yang dipengerusikan oleh SMK Kampar merupakan acara saban tahun sebagai platform memilih pemain untuk mewakili Daerah Kinta Selatan disamping mengasah dan mencungkil bakat serta kemahiran pemain dalam sukan sepak takraw.

Sunday, March 21, 2010

Ready For School

   
Selamat kembali ke sekolah. Kepada sekalian pelajar SMK Kampar. Semoga bermula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu pengetahun & kemahiran bak kata pepatah, datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
Tuan Pengetua -
 Tuan Haji Mohd Ismail b Ibrahim

Monday, March 15, 2010

Kelas Tambahan

Kelas tambahan bagi pelajar-pelajar PMR & SPM. Kelas ini diadakan atas inisiatif guru-guru subjek PMR dan SPM sepanjang cuti ini. kelas ini diadakan bagi memantapkan pelajar dengan persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada hujung tahun ini kelak.
   

Saturday, March 13, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU..

ibarat  bintang timur dan kejora, ibarat melor dan dengan kenanga,
ibarat kumbang dengan bunga, sama muda sama baya,
sama tampan sama jelita, ibarat raja dengan permaisuri,
Cikgu Rasyida

Cikgu Siti Nor Faridah

 
Cikgu Eezana

Adat orang suami isteri, kalau tebu seruas seorang,
kalau nangka, seulas seorang, payung satu, sama berteduh,
perahu satu, sama menyeberang,

Selamat mendirikan rumahtangga. 
Semoga berbahagia ke akhir hayat. 



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H/2010M

Friday, March 12, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW

Perlawanan persahabatan sepak takraw antara SMK Kampar dan SMK Seri Kampar telah berlangsung pada 11 Mac 2010 di gelanggang serbaguna Futsal SMK Kampar. Perlawanan ini sebagai medan menguji kemahiran dan mengukukan keyakinan dalam persiapan ke pertandingan di peringkat MSSD pada bulan Mac kelak. Pasukan SMK Kampar di bawah bimbingan Encik Edy Yusman telah berjaya menewaskan pasukan lawan yang berakhir dengan keputusan 4-0. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah & Syabas.