Wednesday, November 24, 2010

SELAMAT BERPINDAH.

Tahniah. Selamat bertukar ke tempat baharu.
Cikgu Sahul Hamid & Cikgu M. Ravi Kumar. 

Tuesday, November 23, 2010

Selamat menduduki peperiksaan..

Kepada semua calon SPM 2010.
Selamat menduduki SPM. Buatlah yang terbaik.

Wednesday, September 29, 2010

Selamat menempuh peperiksaan PMR.



Kepada semua calon PMR 2010.Selamat menempuh PMR dengan semangat & kesungguhan yang tinggi.

Friday, September 3, 2010

Ucapan dari Tuan Pengetua SMK Kampar- Tuan Haji Mohd Ismail b Ibrahim

Selamat bercuti kepada semua guru/staff serta para pelajar. Maaf Zahir Batin.
Kepada wara guru/staff, selamat pulang ke kampung halaman dan bergembira disamping keluarga tersayang. Kepada calon-calon PMR & SPM, gunakan & isilah masa sebaik mungkin semasa cuti ini untuk persediaan peperiksaan anda. Anda buat, anda dapat !

Sunday, August 29, 2010

PROGRAM SINAR SYAWAL 2010 MERIAH

              Pada 26 Ogos 2010 ( Khamis ) pihak sekolah SMK Kampar dengan usahasama PIBG serta kerjasama beberapa pihak agensi kerajaan telah menjayakan program Sinar Syawal bersama sekolah angkat PDRM. Program ini telah diadakan di Masjid Kg Sahom, Sahom yang bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 10.30 malam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Samsudin b Abu Hassan iaitu ADUN Air Kuning. Beberapa atur cara telah dilaksanakan. Antaranya ialah sesi ceramah Jenayah Remaja ( PDRM), Ceramah Insan Soleh & Keibubapaan ( INTIM Perak ), pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong membersihkan kawasan, gotong-royong memasak, majlis tahlil dan doa selamat, dan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga yang diraikan.

 Sesi mesyuarat penyelarasan di peringkat JK Induk & JK Kerja

           Program ini bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga miskin dalam kalangan pelajar di sekolah ini. Sebanyak 30 buah keluarga telah dapat dibantu bagi meringankan beban keluarga disamping menceriakan suasana menyambut 1 Syawal kelak. Antara pihak yang turut terlibat dalam menjayakan program murni ini ialah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kampar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM,Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Negeri Perak (MAPIN), JKK Kg Sahom, Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kesihatan Kinta, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampar. 


Persediaan awal oleh warga guru  SMK Kampar

               Pihak sekolah dan PIBG menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada agenda utama supaya golongan ini dapat belajar dengan selesa seperti mana pelajar lain. Pada masa yang sama PIBG perlu berikhtiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan. Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Kejayaan ini sekali gus dapat membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan menjamin masa depan pelajar terbabit. Walau bagaimanapun, kejayaannya tetap bergantung kepada setiap keluarga masing-masing sama ada mempunyai keinginan dan bersikap positif untuk berusaha untuk dan memperbaiki taraf hidup mereka.



Ketibaan YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )
serta para tetamu jemputan



Ucapan Tuan Pengetua SMK Kampar ( Tn Hj Mohd Ismail b Ibrahim )


Ucapan Ketua Polis Daerah Kampar ( SUPT Abdul Aziz b Hj Salleh )

 
         Ucapan perasmian oleh YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )




Sesi ceramah oleh PDRM & pegawai INTIM Perak


 
Ruang pameran & pemeriksaan kesihatan


 Gotong-royong memasak oleh guru-guru serta tenaga wanita JKK Kg Sahom.





 
 Sebahagian daripada keluarga para pelajar yang diraikan.




Sesi penyampaian cenderahati kepada JKK Kg Sahom,
Ketua Polis Dearah Kampar, dan
YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan (ADUN Air Kuning )



YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan bersama para tetamu jemputan dan
AJK Induk program Sinar Syawal SMK Kampar 2010.





Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT BERSARA CIKGU NORAZMEI !

Selamat bersara diucapkan kepada Cikgu Norazmei b Adnan yang akan bersara mulai 19 Ogos 2010 (Khamis ) ini. Beliau yang telah berkhidmat di sekolah ini mulai 01 Mac 1978 iaitu selama hampir 32 tahun. Beliau adalah seorang guru opsyen Bahasa Melayu & Geografi yang mendapat pendidikan di Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim pada 1977. Beliau juga mendapat pendidikan awal di SMK Idris Shah, Gopeng pada tahun 1972. Komitmen beliau amat ketara dalam bidang sukan di sekolah ini amat dihargai malahan ahli aktif dalam sukan badminton SMK Kampar. Beliau juga mudah periang, bijak, mudah bergaul dan seorang yang sentiasa bersikap terbuka mendengar pendapat dan idea demi meningkatkan pencapaian akademik serta kokurikulum pelajar sekolah ini.

PERADUAN KUIZ MINDA MERDEKA 2010

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 2010, sekali lagi Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Panitia Sivik & Kewarganegaraan akan menganjurkan Peraduan Kuiz Minda Merdeka 1Malaysia 2010 selama 2 minggu bermula 16 Ogos sehingga 31 Ogos 2010.

Sepanjang dua minggu ini, para pelajar berpeluang menerima hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak urusetia. Seiring dengan tema iaitu 1Malaysia, Menjana Tranformasi, maka bentuk hadiah peraduan ini juga berkonsepkan 1Malaysia dimana setiap pelajar dari setiap kaum akan berpeluang memenangi hadiah. Hadiah penyertaan kelas terbanyak juga diberikan disamping hadiah individu yang berjaya menjawab kesemua 40 soalan dengan tepat. Kuiz ini juga boleh dijawab secara spontan di ' kaunter khas " yang disediakan di Pondok Peterana. Pelajar yang menjawab betul soalan akan diberikan hadiah secara terus.

Manakala bagi menjawab soalan kuiz 40 soalan pula, pelajar perlu menjawab kesemua soalan yang berkisar tentang sejarah, negarawan, dan pengetahuan tentang Malaysia. Jawapan yang tepat perlu dimasukkan ke dalam Peti 1Malaysia yang diletakkan di pentas tapak perhimpunan setiap hari.

Dalam masa yang sama juga, setiap borang penyertaan akan memerlukan para pelajar menulis slogan ' Saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA kerana..... (tidak melebihi 20 patah kata). Slogan yang terbaik & kreatif akan memenangi hamper & sijil penyertaaan. kepada semua para pelajar SMK Kampar, ambillah peluang ini disamping mengenali sejarah negara kita.  

Tuesday, August 3, 2010

LAWATAN AKADEMIK 1MALAYSIA KE MELAKA MENYERONOKKAN !

               Program lawatan akademik 1Malaysia ke Melaka selama 2 hari 1 malam pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 telah berjalan dengan baik dan sempurna. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai program ini dengan 4 orang guru pengiring. Peserta rombongan telah menginap di Kak Long Chalet Resort di Alai Melaka ( tidak jauh dari Banda Hilir ). Antara destinasi yang dikunjungi ialah Muzium Samudera/Maritim, Kota A Famosa, Bukit St Paul, Bangunan Stadhyus, Dataran Taming Sari, Dataran Pahlawan, Perigi Hang Tuah, Rumah Melaka, dan menyusuri sungai Melaka dengan bot di River Cruise Sg Melaka. Kesemua peserta rombongan berasa seronok dengan kunjungan ke setiap destinasi sambil bergambar dan menikmati keindahan dan peninggalan sejarah di Melaka khasnya.
                               Taklimat & Bacaan Doa sebelum bertolak ke Melaka

              Pada hari kedua bertolak pulang, peserta telah singgah di Pameran terbuka SureRasa TV9 di Dataran Air Keroh selama hampir 2 jam untuk aktviti bebas dan membeli belah. Selepas itu, destinasi seterusnya ialah lokasi makan malam di Restoran Jejantas Sg Buluh. Tiba di SMK Kampar pada jam 10.30 malam, awal dari jangkaan. Kesemua peserta telah pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang ceria dan tersemat seribu pengalaman manis selama 2 hari 1 malam di Melaka. Terima kasih & tahniah kepada semua peserta kerana anda adalah insan terpilih untuk dibawa ke Melaka, bahkan telah mempamerkan disiplin yang terkawal dan amat cemerlang. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, tidak timbul sebarang risiko kemalangan atau kecederaan berlaku kepada para pelajar.
Guru Pengiring


Jamuan di chalet


Menara Taming Sari



Muzium Samudera


Makan malam di Restoran Jejantas Sg Buluh


Perigi Hang Tuah




Kota A Famosa





KUMPULAN  PELAJAR


Ke pameran SureRasa TV9 di Dataran Air Keroh