Sunday, December 25, 2011

Selamat Berpindah & Selamat Datang ke SMK Kampar

Tahniah kepada Puan Eezana bt Ismail yang akan bertukar ke Kedah mulai 01/12/2011. Semoga berbahagia di tempat baharu kelak. Kepada guru GSTT yang akan menamatkan kontrak mulai 31/12/2011 iaitu Puan Nur Azmira, Cik Suhaida, Cik Rosnita, Puan Roslizawani, Ustazah Nur Syafira. Selamat datang 3 orang guru dari SMK Malim Nawar yang akan berkhidmat di SMK Kampar mulai 01/12/2011 iaitu Ustaz Khairul Anwar, Encik Tuan Zainal Abidin , dan Cik Nor Hashimah.

TAHNIAH..KEJAYAAN PMR 2O11.

Tahniah..kepada 3 orang pelajar PMR yang cemerlang mendapat keputusan 8A dalam PMR 2011 baru-baru ini. Syabas kepada Mohamad Faiz, Anis Zafirah dan Lee Kum Hong. Tahniah kepada sekalian warga guru dan calon-calon PMR kerana kejayaan tahun ini melakar sejarah apabila SMK Kampar berjaya keluar dari kepompong SPR. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua warga guru dan calon-calon PMR. Semoga kejayaan ini akan terus berkekalan dan mencapai keputusan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Wednesday, November 24, 2010

SELAMAT BERPINDAH.

Tahniah. Selamat bertukar ke tempat baharu.
Cikgu Sahul Hamid & Cikgu M. Ravi Kumar. 

Tuesday, November 23, 2010

Selamat menduduki peperiksaan..

Kepada semua calon SPM 2010.
Selamat menduduki SPM. Buatlah yang terbaik.

Wednesday, September 29, 2010

Selamat menempuh peperiksaan PMR.



Kepada semua calon PMR 2010.Selamat menempuh PMR dengan semangat & kesungguhan yang tinggi.

Friday, September 3, 2010

Ucapan dari Tuan Pengetua SMK Kampar- Tuan Haji Mohd Ismail b Ibrahim

Selamat bercuti kepada semua guru/staff serta para pelajar. Maaf Zahir Batin.
Kepada wara guru/staff, selamat pulang ke kampung halaman dan bergembira disamping keluarga tersayang. Kepada calon-calon PMR & SPM, gunakan & isilah masa sebaik mungkin semasa cuti ini untuk persediaan peperiksaan anda. Anda buat, anda dapat !

Sunday, August 29, 2010

PROGRAM SINAR SYAWAL 2010 MERIAH

              Pada 26 Ogos 2010 ( Khamis ) pihak sekolah SMK Kampar dengan usahasama PIBG serta kerjasama beberapa pihak agensi kerajaan telah menjayakan program Sinar Syawal bersama sekolah angkat PDRM. Program ini telah diadakan di Masjid Kg Sahom, Sahom yang bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 10.30 malam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Samsudin b Abu Hassan iaitu ADUN Air Kuning. Beberapa atur cara telah dilaksanakan. Antaranya ialah sesi ceramah Jenayah Remaja ( PDRM), Ceramah Insan Soleh & Keibubapaan ( INTIM Perak ), pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong membersihkan kawasan, gotong-royong memasak, majlis tahlil dan doa selamat, dan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga yang diraikan.

 Sesi mesyuarat penyelarasan di peringkat JK Induk & JK Kerja

           Program ini bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga miskin dalam kalangan pelajar di sekolah ini. Sebanyak 30 buah keluarga telah dapat dibantu bagi meringankan beban keluarga disamping menceriakan suasana menyambut 1 Syawal kelak. Antara pihak yang turut terlibat dalam menjayakan program murni ini ialah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kampar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM,Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Negeri Perak (MAPIN), JKK Kg Sahom, Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kesihatan Kinta, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampar. 


Persediaan awal oleh warga guru  SMK Kampar

               Pihak sekolah dan PIBG menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada agenda utama supaya golongan ini dapat belajar dengan selesa seperti mana pelajar lain. Pada masa yang sama PIBG perlu berikhtiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan. Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Kejayaan ini sekali gus dapat membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan menjamin masa depan pelajar terbabit. Walau bagaimanapun, kejayaannya tetap bergantung kepada setiap keluarga masing-masing sama ada mempunyai keinginan dan bersikap positif untuk berusaha untuk dan memperbaiki taraf hidup mereka.



Ketibaan YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )
serta para tetamu jemputan



Ucapan Tuan Pengetua SMK Kampar ( Tn Hj Mohd Ismail b Ibrahim )


Ucapan Ketua Polis Daerah Kampar ( SUPT Abdul Aziz b Hj Salleh )

 
         Ucapan perasmian oleh YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan ( ADUN Air Kuning )




Sesi ceramah oleh PDRM & pegawai INTIM Perak


 
Ruang pameran & pemeriksaan kesihatan


 Gotong-royong memasak oleh guru-guru serta tenaga wanita JKK Kg Sahom.





 
 Sebahagian daripada keluarga para pelajar yang diraikan.




Sesi penyampaian cenderahati kepada JKK Kg Sahom,
Ketua Polis Dearah Kampar, dan
YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan (ADUN Air Kuning )



YB Dato' Samsuddin b Abu Hassan bersama para tetamu jemputan dan
AJK Induk program Sinar Syawal SMK Kampar 2010.