Tuesday, June 29, 2010

SEMINAR & BENGKEL PENDIDIKAN MORAL SPM 2010

Peranan proaktif pihak Panitia Pendidikan Moral Kampar dalam usaha membangunkan program-program akademik dan motivasi pelajar khususnya berkaitan subjek Pendidikan Moral dan Kerja Kursus 1225/2 di peringkat sekolah wajar dipuji apabila berjaya mengadakan Seminar & Motivasi Menjawab Soalan Pendidikan Moral SPM pada 26 Jun 2010 (Sabtu).Sasaran program ini ialah semua calon subjek Pendidikan Moral Tingkatan 5 bagi tahun 2010 ini. Program yang berlangsung selama setengah hari ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 petang.
Sesi pendaftaran peserta

Sesi taklimat & bengkel



Penyampaian sijil & cenderahati



 Minum pagi

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh wakil Tuan Pengetua SMK Kampar iaitu Encik Muslim b Ahmd (PK Pentadbiran ).Kehadiran para peserta sangat memberansagkan apabila mencatat 98.4 peratus kehadiran.Ini membuktikan bahawa para pelajar mempunyai komitmen serta kesungguhan yang tinggi kepada program yang membantu ke arah kecemerlangan akademik mereka.

Sementara itu juga, seramai sembilan (9)orang pelajar dari kelas Tingkatan 4SA turut menyertainya dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar tersebut dengan kemahiran & teknik menjawab kertas Pendidikan Moral.Ini secara tidak langsung akan menjadikan sembilan (9) pelajar ini sebagai mentor kepada pelajar tingkatan 4 yang lain kelak.

Dalam masa yang sama, pihak panitia turut menjemput 5(lima) orang pelajar dari SMK Seri Kampar sebagai peserta jemputan. Penceramah yang telah dijemput khas ialah Encik Shariffudin b Sadiron dari SMK Idris Shah, Gopeng dimana beliau merupakan guru pakar dalam subjek Pendidikan Moral di Kinta Selatan. Ini merupakan kehadiran beliau buat kali yang kedua selepas tahun 2009 yang lalu. Tema program kali ini iaitu ” Moral Membina Insan” dipilih bagi merealisasikan wadah bahawa nilai moral mampu membentuk jati diri dan modal insan serta warganegara yang sepertimana terkandung dalam prinsip-prinsip Rukun Negara.

Objektif

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk ;

1. Memberi penekanan kepada aspek teknik menjawab soalan disamping memperkukuhkan semula asas-asas nilai moral sejagat dalam kehidupan.

2. Pendedahan terhadap subjek 1225/1 dengan kaedah dan petua terkini disamping membentuk keyakinan pelajar untuk terus berusaha.

3. Memenuhi naluri pelajar dalam usaha mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2010.

4. Pendedahan kepada bimbingan oleh penceramah pakar, berpengalaman, dan berkesan terhadap pelbagai strategi, teknik menjawab soalan dengan betul dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment