Wednesday, May 19, 2010

SAMBUTAN HARI GURU SMK KAMPAR MERIAH..!!

 
 
Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil sempena sambutan Hari Guru
 
 
Program Gotong-Royong
 
 
 
Majlis Rasmi
 
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan pada 17 Mei 2010. Perhimpunan khas sempena sambutan Hari Guru ini dipenuhi dengan beberapa aktiviti seperti membaca perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

 
Selain itu, pembacaan ikrar disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Taib Khan Mydin Sathak manakala nyanyian lagu Guru Malaysia didendangkan oleh warga guru dengan penuh semangat .

 
Persembahan pelajar
 
Antara acara selingan yang telah diadakan ialah persembahan tarian sewang oleh pelajar-pelajar asli serta persembahan sajak. Seterusnya telah diadakan acara penyampaian hadiah & cenderahati kepada semua guru di SMK Kampar.

 
                                                                             Sukaneka guru
Acara sukan warga guru turut menghiasi kemeriahan sambutan hari guru pada tahun ini dimana warga guru turut serta menyertai sukan futsal & bola jaring serta beberapa acara sukaneka. Dalam masa yang sama, guru-guru dan staff turut menunjukkan bakat masing-masing dalam sesi karaoke.
  Sesi penyampaian hadiah kepada semua guru

 

 

 
                                                                           Sesi karaoke
                                              Jualan kek oleh Pasukan Puteri Islam (PPI)

 

 

 

 

 
                                                                     Klik Di sini
Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
di Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2010

 

PERTANDINGAN KUIZ PERDANA PINTAR TATABAHASA 2010

KUIZ PERDANA PINTAR TATABAHASA
ANTARA KELAB & PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH 2010
 Tarikh
19 MEI 2010 (Rabu)

Tempat
Makmal Biologi & Makmal Kimia

Anjuran
Persatuan Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu

Tema
Tatabahasa Sebagai Wasilah Komunikasi


Matlamat
  1. Membolehkan pelajar memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya.
  2. Membolehkan pelajar menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
  3. Membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain.
  4. Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalan-soalan bahasa yang khusus mengenai tatabahasa.
  5. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.


Urusetia Program Kuiz Tatabahasa


Sesi taklimat program kuiz tatabahasa



 Sesi kuiz tatabahasa antara kelab dan persatuan