MINGGU MATEMATIK 2010
Anjuran
Panitia Matematik , Panitia Matematik Tambahan dan Persatuan Sains dan Matematik.
Tarikh
03 hingga 07 Mei 2010.
Tema
“LEARNING MATHEMATICS IS FUN”
AKTIVITI
Kuiz Matematik, Mathematics’s Corner, G-Maths, Mathematics Puzzle, Mencipta Logo ”Mathematics Week & Sudoku Contest
Kuiz Matematik, Mathematics’s Corner, G-Maths, Mathematics Puzzle, Mencipta Logo ”Mathematics Week & Sudoku Contest
Program Minggu Matematik diadakan bertujuan untuk membolehkan pelajar- pelajar :
1. Melibatkan diri dalam setiap program menarik yang disediakan.
2. Menambahkan kefahaman pelajar berkaitan konsep dan istilah matematik.
3. Menyuburkan minat pelajar dengan subjek yang selama ini dianggap susah skor dan membosankan.
3. Menyuburkan minat pelajar dengan subjek yang selama ini dianggap susah skor dan membosankan.
4. Menerapkan nilai-nilai positif di kalangan pelajar seperti berani, rajin, tekun dan nilai-nilai murni yang lain.
5. Mencungkil kebolehan pelajar dalam subjek matematik
6. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan matematik dalam kehidupan seharian
.
7. Mendapatkan respon pelajar terhadap program-program yang terdapat dalam Minggu Matematik yang dilaksanakan selama seminggu.
Program-program yang dijalankan di sekolah adalah bertujuan untuk menjayakan program peningkatan akademik pelajar dan selain bertujuan menjadikan pencapaian sekolah lebih baik dari semasa ke semasa. Pelaksanaan Minggu Matematik diharap dapat mengubah persepsi pelajar SMK Kampar terhadap subjek matematik. Pengisian program yang pelbagai diharapkan dapat mencetuskan banyak idea yang berguna kepada pelajar. Penglibatan pelajar dalam program yang disusun akan menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu kepada mereka dan seterusnya dapat mengurangkan tanggapan bahawa matematik adalah subjek yang sukar dan susah untuk dikuasai.
0 comments:
Post a Comment