Saturday, April 10, 2010

KARNIVAL BOLA BALING TERTUTUP SMK KAMPAR 2010

Karnival Bola Baling Tertutup SMK Kampar 2010 telah diadakan pada 10 April 2010 (Sabtu). Objektif utama karnival ini ialah bagi mencungkil minat, bakat, kebolehan, dan kemahiran peserta dalam sukan bola baling disamping membina semangat kesukanan dan perpaduan melalui aktviti sukan. Dua kategori telah dipertandingakan iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan (18 tahun ke bawah).

Penganjuran pertama kali ini merupakan daya usaha dan kesungguhan guru-guru pelatih yang sedang menjalani praktikum di sekolah ini. Sebanyak hampir 15 pasukan telah menyertai karnival ini yang diadakan secara sistem kalah mati. Penglibatan yang positif dan proaktif para pelajar sekolah ini membanggakan. Ini ditambah pula dengan kehadiran panel pemilihan pemain bagi pasukan bola baling sekolah ke kejohanan peringkat daerah. Kesungguhan penganjur karnival ini seharusnya diberi pujian kerana berjaya menarik minat pelajar menyertai karnival ini. Syabas & tahniah kepada pasukan yang berjaya.



0 comments:

Post a Comment