Program lawatan akademik 1Malaysia ke Melaka selama 2 hari 1 malam pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 telah berjalan dengan baik dan sempurna. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai program ini dengan 4 orang guru pengiring. Peserta rombongan telah menginap di Kak Long Chalet Resort di Alai Melaka ( tidak jauh dari Banda Hilir ). Antara destinasi yang dikunjungi ialah Muzium Samudera/Maritim, Kota A Famosa, Bukit St Paul, Bangunan Stadhyus, Dataran Taming Sari, Dataran Pahlawan, Perigi Hang Tuah, Rumah Melaka, dan menyusuri sungai Melaka dengan bot di River Cruise Sg Melaka. Kesemua peserta rombongan berasa seronok dengan kunjungan ke setiap destinasi sambil bergambar dan menikmati keindahan dan peninggalan sejarah di Melaka khasnya.
Taklimat & Bacaan Doa sebelum bertolak ke Melaka
Pada hari kedua bertolak pulang, peserta telah singgah di Pameran terbuka SureRasa TV9 di Dataran Air Keroh selama hampir 2 jam untuk aktviti bebas dan membeli belah. Selepas itu, destinasi seterusnya ialah lokasi makan malam di Restoran Jejantas Sg Buluh. Tiba di SMK Kampar pada jam 10.30 malam, awal dari jangkaan. Kesemua peserta telah pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang ceria dan tersemat seribu pengalaman manis selama 2 hari 1 malam di Melaka. Terima kasih & tahniah kepada semua peserta kerana anda adalah insan terpilih untuk dibawa ke Melaka, bahkan telah mempamerkan disiplin yang terkawal dan amat cemerlang. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, tidak timbul sebarang risiko kemalangan atau kecederaan berlaku kepada para pelajar.
Guru Pengiring
Jamuan di chalet
Menara Taming Sari
Muzium Samudera
Makan malam di Restoran Jejantas Sg Buluh
Perigi Hang Tuah
Kota A Famosa
KUMPULAN PELAJAR
Ke pameran SureRasa TV9 di Dataran Air Keroh
0 comments:
Post a Comment