Friday, March 12, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H/2010M


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SMK Kampar telah diadakan pada (Jumaat) jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti Badan Dakwah SMK Kampar dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pendidikan Islam serta Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Islam (BAKIS), sebagai langkah untuk memberi informasi dan motivasi kepada pelajar tentang Riwayat hidup Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta nasihat dan bimbingan kepada pelajar-pelajar Islam SMK Kampar dan juga guru serta kakitangan SMK Kampar.Antara tujuannya ialah untuk penambahbaikan akhlak para pelajar SMK Kampar, supaya mencontohi akhlak mahmudah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Beberapa acara turut seperti pertandingan menulis khat jawi, teka silang kata, perarakan, ceramah motivasi , dan kuiz agama. Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Yusaini bin Bakir dari SK Sungai Lesong. Sekalung tahniah kepada Ustazah Roqiah, Ustaz Abdul Aziz, dan Ustazah Asmah Wati serta AJK BAKIS yang telah berjaya menjayakan program saban tahun ini.

0 comments:

Post a Comment